Mata Mata pemerhati :D

cukuplah ! :')

Harini aku bersungguh betul nak jumpa dia , nak mintak maaf dgn dia , nak luahkan segalanya kat dia . tapi hmm dia mcm nak taknak je jumpa aku , kenapa awak kenapa ? benci saya ? hina sangat ke saya ni ?  :(

saya nekad pergi je sana , ajak la Helmi tu , kalau tak ajak memang mati kutu mcm orang bodoh kat sana , tapi memang jadi orang bodoh pon , aku pusing sana pusing sini , hmm dia buat tatau je , siap jalan sana sini , tengok wayang lagi , aku je yang terbongok tunggu dia , mengharapkan dapat jumpa . hmm

bila dah keluar wayang dia terus telifon aku ajak jumpa , you know what ? jumpa kat tengah lalu lalang orang ramai , seems like urgghhh ! -,- aku ajak cari tempat duduk , dia taknak , hmm apa yg aku nak cakap semua tak sempat luahkan , bayangkanlah dia sibuk nak balik je -,- jumpa 5 minit pon tak sampai ! hmm

macam ni cara awak layan saya ? okay foine ! hmm semua yg aku nak cakap tak sempat pon aku cakap , kau ada perasaan tak ? kenapa layan aku ni macam sampah ? kenapa ? tak pernah pon aku layan kau sehina mcm tu, tapi kau balas kat aku mcm tu kan ? okay takpe . terima kasih sangat sangat awak ! saya ingat awak sampai bila bila . ingat ! sampai biila bila .

masa cakap dgn dia , hmm tahan je air mata ni , aku nak luahkan kat situ , tapi umum seyhh, nanti aku menagis karang , hmm aku tahan je air mata ni , takpe , biarlah dia buat aku mcm ni , aku tak kesah pon , sebab aku dah biasa dia layan mcm ni , dah la awak , lepasni takyah la cari saya lagi kalau layanan awak yang macam tu , sorry to say lah , awak kecewa ke , awak gembira ke , lantak awak lah , hati ni dah tak kesahkan awak lagi , hati ni dah hancur remuk , hati ni dah menangis sebab awak , tuan hati ni lagi lah, hmm . sudah la awak , pergi jelah saya , saya relakan . bye !

Hubungan kita sudah berakhir sayang

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi :') . harini 27/1/13 tamatlah sudah perhubungan aku dgn di Dia , even tinggal 1 bulan lebih je kita orang nak sambut anniversary genab setahun , tapi sayangnya tak kesampaian , aku dah cuba pujuk dia , dah merayu , aku merayu dah mcm aku ni hamba dah , tak pernah aku merayu mcm tu , tapi dia tetap berkeras nak tinggalkan aku juga , aku terpaksa lah akur dgn keputusan dia tu , even hati aku ni , hmm korang paham sendiri lah kat kalau jadi kat korang ,

aku tahu dulu aku yg bersalah dalam hal ni , tapi aku dah boleh sayang dia sepenuh hati aku , aku cuba ambil hati dia balik , but dia yg tak boleh , dia tau kan yg aku dulu nak masuk UTHM , even dah dapat dah pon, tinggal pergi je , tapi aku sanggup tinggalkan je tawaran tu , sebabnya , aku tak nak dia kata nanti aku dapat cari pengganti dia lah , aku berkorban masa depan aku untuk dia , aku buat tu sebab aku nak teruskan hubungan aku dgn dia , aku taknak dia jealous nanti kalau aku layan awek awek kat uthm nanti , aku taknak kecewakan dia buat kali kedua ,

now dia dah pergi , aku tahu dia tak nampak pengorbanan aku tu , aku bukan nak menunjuk , tapi hmm tu lah pengorbanan terbesar yg aku mampu lakukan , tapi dia buat apa je untuk aku ? nothing . dgn mak dia pon tak kasi aku kenal , hmm takpe lah , benda dah berlaku , aku hormat je keputusan dia , dan tinggal aku je terkontang kanting sorang sorang ni , nak text sape pon aku tak tau , belek belek jela fone ni , hmm .

rasanya memang nasib aku mcm ni agaknya , kalau aku tak sayang sepenuhnya memang konfem aku kena tinggalkan , tapi ni aku dah sayang sepenuh hati pon kena tinggal ? apa lagi aku nak buat ? apa lagi yg nak puaskan hati perempuan ni ? nak aku sayang mcm mana lagi ? aku terima seadanya dia , tapi .. hmm dah la , bygone is bygone . byee awak :')

Dugaan Percintaan

Assalamualaikum sekalian pembaca blog saya yang tak seberapa ni , lagi beberapa hari je lagi kita orang akan genab bersama selama 10 bulan , kejap je kan dah nak setahun sayang ? tapi semakin lama ni semakin banyak dugaan yang mendatang , hmm ,

dulu kita kecewakan awak kan sayang ? maafkan saya eh ? tapi semenjak melihat awak menangis dpn saya haritu , saya memang bernekad dalam hati taknak kecewakan awak, taknak tinggalkan awak , taknak awak menangis lagi , start dari situ lah saya mula sedikit demi sedikit mencintai awak sepenuh hati saya, saya buat semua perkara yg istimewa bersama awak , bagi hadiah pun tak ada yang sama dgn ex saya yang lain , saya taknak samakan awak dgn orang yang lain , saya nak jadikan awak special dihati saya, bukan setakat special tapi Limited Edition !

tapi semenjak peristiwa kita bagi awak bunga haritu , hmm , kenapa awak ? kenapa ? kenapa awak nak tinggalkan kita ? janganlah kecewakan kita , hmm, kita sayang awak tau , please jangan bazirkan semua kasih sayang yang telah kita berikan , kita tak sanggup kehilangan awak , ibu pon mcm dah restu je tu , hmm, kita taknak lepaskan awak ! hati ni dah hancur dah :/

dalam hati dah berkata untuk mencintai awak semula secara perlahan lahan , tapi kita risaukan awak, awak tu , mcm tak pernah fikir perasaan saya je, mcm tak nak ambil berat pasal kita , perasaan cemburu ni ada , perasaan ingin dipujuk ni ada , kuat sangat , kita selalu jaga hati dan perasaan awak, kalau kita nak tegur perempuan pon, sikit sikit je, tu pon diri sendiri ingat , saya ni ada yang punya, so kena lah jaga batas , tapi awak selamba je ? hmm taulah awak dah tak sayang kan ,okay takpe , kalau hati ni boleh terima saya terima je ,

awak text dgn lelaki lain , hmm sakit je hati ni, tapi kita pendam , kita diam , sebab kalau kita merajuk , awak ada nak pujuk ? kita sendiri yang pujuk diri sendiri , teringin sangat dalam hati nak dipujuk oleh awak sayang , tu je yang saya inginkan , tak banyak , ! hmm , awak fikir fikirlah sendiri eh sayang ? saya bagi awak masa sebanyak mana yang awak nak , saya tak kesah :')

lagisatu , jangan panggil saya sayang kalau awak tak tulus cintakan saya , atau sekadar memberi cinta yang palsu serta harapan yang palsu :'/